Video : Puisi Sahabat

17 February 2010  
Kategori: Video Puisi

2,888 views 11 ulasan

Penulisan2u

Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah tanganku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka
Peluklah aku bila aku Berjaya

Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada,
saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk jiwaku,
Saat aku hilang tempat berpaut,

Dan saat itu ku …harap kau hulurkan tanganmu
Bersama keikhlasan hati.
Tanda tuluskan ikatan kita.

Sahabat,
Aku tidak berharap kau menjadi insan sempurna,
Kerna aku juga tidak sempurna,
Aku tidak harap kau sebagai pelindungku,
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu…
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.

Sahabat,
Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemanimu,
Tangan ni tidak pernah kuat untuk memegangmu,
Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,

Aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku…



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Video : Puisi Sahabat”
  1. Azizah Hamid says:

    sajak ini benar2 mencuit rasa pada mereka yg. sedang teraba2 mencari petunjuk yg. baru bangun dari derita :razz: ok teruskan berpuisi..tahniah…

  2. ain says:

    itulah sahabat yg sebenarnya blh berkongsi apa jua,
    tapi dimanakah sahabat dgn erti kata sahabat yg ikhlas jujur dan amanah,
    tahniah buat penulis puisi ini

  3. nafi'ah says:

    maaf kok gx ada pantun.a cih ada.a kok cuma puisi?

  4. ejatkamal says:

    nilai persahabatn tu amat tinggi bukan?maka jangan tinggalkan sahabat .

  5. Alizah Mulkeh says:

    Tahniah.. ;-) pemilihan kata yg mudah,tp indah. Biasa2 tp terasa luahan ‘dari hati’ yg tulus. Pd saya, mungkin penggunaan perkataan ‘tuluskan’(rangkap ke-3) lbh baik ditukar kpd ‘tulusnya’…yg selainnya ‘sampai di hati’ saya sebagai pembaca. Terima kasih. Mohon dikongsi bersama rakan lain di facebook.

  6. baharuddin sairi says:

    Puisi yang mempunyai makna yang mudah difahami oleh khalayak pembaca. Penulis harus memilih diksi yang indah dan segar bagi memantapkan puisi ini. Walau apapun tahniah kepada penulis yang mampu mengheret perasaan pembaca yang pernah mengharungi suka duka dengan sahabat. Teruskan berkarya…

  7. ila says:

    best :lol:

  8. Rosmuliati Haji Yahya says:

    Alhamdulillah, puisi ini memperlihatkan ciri-ciri yang baik dalam penulisan ada pertautan, cerita dan pesanan yang ingin disampaikan. Sekali baca puisi ini dapat dijiwai sedalam-dalamnya dan bersifat tulus…Jika puisi ini dihantar kepada sahabat-sahabat anda, saya pasti sahabat anda akan merasa tersentuh dengan nukilan penulis ini…tahniah

  9. Lidya says:

    Tahnia…kepada penulis puisi sahabat..ia benar2 menyentuh jiwaku…teruskan berkarya….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro