
Puisi : Srikandi di Tujuh Lembah

Nukilan oleh : HAWA ADAM
Dia
hanyalah srikandi semalam
menunggang jasad di alam kelam
mengutip mengumpul sisa silam
menjejak tujuh lembah yang dalam
hingga derita meminatinya dalam diam
Di lembah gelita
tenggelam srikandi bersama lupa dan alpa
menunggang bangga kembara di rimba
hanya kerana dia srikandi muda
lalu dirampas dirantai pemburu durjana
kerana dendam semalam mahu dilaksana
Masa tiada lagi ditunda
srikandi bangkit berdiri meonta
menjejak memburu di tujuh lembah merata
tiada sedar disinggahi derita sengsara
kerana tiada gentar sudah dijiwa
tatkala pedang digenggam dihunus mara
Bergelut kini tiadalah henti
selagi pemburu melangkah mencari
selagi itu srikandi kejap menggenggam pedang sakti
agar berpencak mantap di tujuh lembah yang diharungi
hingga pemburu tersungkur tiada berkubur
kerana dikepung silau cahaya sakti yang tiada mundur…


















*meonta = meronta
Hari ini br bksmptn baca puisi Hawa Adam.
Puisi yg baik,
maksud yg mendalam.
Saya menantikan kemunculan puisi Hawa Adam yg seterusnya.
Teruskan berusaha!!!
puisi yg baik.. mungkin kdg kala kita mencari tp belum ketemu. usaha yg bagus