Puisi : Pintu Itu

25 November 2010  
Kategori: puisi

2,020 views 3 ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : Syira Hussin

Pintu itu,
Bukakan untukku,
Aku tak upaya, aku tak kuasa,
Kudratku sebesar zarah,
Tak tertanding akan kemampuanku.

Pintu itu,
Besar maknanya bagiku,
Luas harapan buatku,
Kerana…
Takdirku tertulis di situ.

Pintu itu,
Bakal mencorak masa depanku,
Tersemat cita-citaku yang tinggi menggunung,
Terpahat impianku yang tinggi melangit,
Imaginasiku memenuhi segenap kotak pemikiranku,
Namun…
Bayangan masa lalu menerobos ingatanku,
Perasaanku layu, hatiku lesu,
Aku enggan dihantui masa silamku,
Aku mahu pintu itu terbuka untukku.

Pintu itu,
Penentu nasibku,
Permintaan terakhir dariku,
Bukakan segera untukku,
Kerana…
Pintu itu tak menungguku.



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Puisi : Pintu Itu”
  1. DhiaSofea says:

    Saya suka sangat puisi ni. Good job :cool:

  2. heart says:

    ;-) …like.. …like.. rajin2 la singgah.. http://cerita-drp-kerajaan-hati.blogspot.com/

  3. MOHD ASMANIZAN says:

    :o

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro