Puisi : Pesan Guru

2 November 2010  
Kategori: puisi

4,089 views 3 ulasan

Penulisan2u

Nukilan oleh : cg.zai

Murid
Dengarlah pesan guru
Kerna pesan guru ada hikmah
Kerna pesan guru ada harapan
Kerna pesan guru ada makna

Murid
Dengarlah pesan guru
Kerna tidak punya makna
Andai kiranya pesan itu dicerca, dihina, dikata

Murid
Dengarlah pesan guru
Hormatilah guru
Sayangi guru
Kerna merekalah ibu bapamu
Bagai ibubapamu
Kerna mereka umpama polis
Penjaga disiplin dikala leka

Murid
Dengarlah pesan guru
Kerna mereka umpama
Pelita yang menyala
Membakar semangatmu
Menghidupkan kegelapanmu
Menerangi hati dan nurani
Menyinari jiwa dengan
Sinaran cahaya
Cahaya yang penuh jujur, ikhlas
Dalam mendidikmu dalam menyayangimu
Dengarlah suara hati gurumu
Yang kerap kali mendoakanmu setiap waktu



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Puisi : Pesan Guru”
  1. zalehadullah says:

    tahniah sahabat… ;-) aku punya banyak koleksi pusi dan sajak utk dokongsi bersama…semoga muridmu…murid semua dan anak2 aku akan mendengar pesan guru…

  2. Halimatun says:

    tahniah….tercapai gak hasrat anda…..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro