Pantun : Iman

31 August 2009  
Kategori: pantun

1,554 views 1 ulasan

Penulisan2u

Dihujung laman tanam peria,
Kacang botor memanjat bidara,
Orang beriman pekerti mulia,
Mengatur tutur setiap bicara.

Menggetus selada tidaklah payah,
Pokok turi dipangkal titi,
Berpasrah pada iman yang goyah,
Merosak diri sampai ke mati.

Bersama rakan menjual puyu,
Jerat ketitir pasang denaknya,
Jangan termakan pujuk dan rayu,
Kelak khuatir gugur imannya.

Mengail toman di Sungai Kedah,
Bunga kantan masak bersantan,
Kurangnya iman membawa padah,
Taghut dan syaitan jadi ikutan

Bulan terang santai di taman
Sambil tergelak kepala terpangung,
Kerja orang meruntuhkan iman
Balasannya kelak tidak tertanggung.

Bermain di lata bersama teman
Di atas titi gelak ketawa
Muslim buta rukunnya iman
Hidup seperti bangkai bernyawa.

Pak Leman menjual lada
Sama bebuas, si ikan linang,
Kuatkan iman di dalam dada
Lautan luas dapat direnang

Tanam maman tanahnya rata,
Rasa penat rehat di kali,
Mulut beriman hati mendusta
Terima laknat Tuhan Azali

Pergi ke darat memetik pegaga
Buah peria dipetik pagi
Iman ibarat harta berharga
Hilang ia hidupnya rugi

Mak si Seman mericih halia
Buat perisa lemak kelah
Orang beriman dipandang mulia
Hidup sentiasa dilindungi Allah.



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Pantun : Iman”
  1. Ianya sangat membina minda kita dan pantun ini patut kita sokong,agar kita akan sentiasa mengingatiNYA.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

This site is protected by WP-CopyRightPro