VIDEO DEKLAMASI PUISI

Penulisan2u Video : Puisi Sahabat

Sahabat, Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh, Pimpinlah tanganku bila aku tersesat, Hamparkanlah bahumu saat aku berduka Peluklah aku bila aku Berjaya Sahabat, Aku berharap kau selalu ada, saat aku memerlukanmu, Saat suka dan duka menjenguk jiwaku, Saat aku hilang tempat berpaut, Dan saat itu ku …harap kau hulurkan tanganmu Bersama keikhlasan... [Teruskan bacaan]

Penulisan2u Video : Puisi Buat Kekasih

PUISI BUATMU SAYANG Sayang… Andai saat ini ilahi memanggilku kembali, Ku harap kau tabah menghadapi, Detik-detik dan liku hidup ini, Kerana… Aku tak mungkin lagi berada disisimu, Aku tak lagi dapat mengusap wajah manjamu itu, Tak mungkin aku mampu lagi menggapai tanganmu, Apatah lagi untuk aku mencarik hatimu dengan.. Tinta-tinta kerinduan, Warkah-warkah... [Teruskan bacaan]

Keseluruhan Video Deklamasi Puisi

BERBALAS PANTUN

Penulisan2u Berbalas pantun

Indah sekali si kain kasahBawa ke Kuala Pulau BaliEsok hari kita berpisahBila pula nak jumpa kembali? Sungguh indah cantiknya rupaGadis ayu leka menampiApa digundah saat berjumpaKita bertemu di dalam mimpi Gadis ayu leka menampiPadi ria di pinggir kotaKalau bertemu di dalam mimpiBila terjaga tentu derita Anak dara di dalam kotaMemakai kebaya menjemur... [Teruskan bacaan]

Tajuk Berbalas Pantun Yang Lain

MENARIK DI PASARAN

Sepupuku Suamiku

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis... [Teruskan bacaan]

Pergilah Air Mata

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah... [Teruskan bacaan]

Hot Gimmick

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah. Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.Mujurlah... [Teruskan bacaan]

Siapakah Di Hatiku

Miera Eliani… mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah. Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali. Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati Miera masih mendambakan kata putus Haikal.... [Teruskan bacaan]

Baju Pengantin Mak Andam

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar. Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati. Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima... [Teruskan bacaan]

Biarlah YM Berbicara

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati… Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu... [Teruskan bacaan]

Lain-Lain Yang Menarik Di Pasaran
This site is protected by WP-CopyRightPro